KREATIV 2022

DISEMBER 2021

WhatsApp Image 2022-05-23 at 1.06.19 PM

LATAR BELAKANG PROGRAM

Karnival Rekacipta & Inovasi (KREATIV 2022) merupakan program inovasi yang dianjurkan oleh USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh ahli akademik dan pemain industri pendidikan di institusi pengajian tinggi, guru dan pelajar di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Program ini dijalankan dalam bentuk e-forum, bengkel paten & pengkomersialan serta pertandingan, di mana para peserta akan mempamerkan produk dan hasil kajian mereka, dan dinilai oleh pakar dari akademi dan industri. Berikutan pandemik Covid-19, pertandingan ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.

TARIKH

28 – 29 September 2022 (Rabu & Khamis)

Hari Pertama : e-Forum & Bengkel Paten dan Pengkomersilan

Hari Kedua     : Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan

MASA

9.00 PG – 4.30 PTG

PLATFORM

Dalam talian (Zoom /Meets /Facebook /Instagram /Youtube)

KATEGORI & YURAN PERTANDINGAN (2 KATEGORI)

PELAJAR

RM 150 (early bird RM 100)
  • Inovasi produk fizikal
  • Inovasi produk digital
  • Inovasi pendidikan
Popular

TERBUKA

RM 250 (early bird RM 200)
  • Inovasi produk fizikal (Pengajaran dan Pembelajaran/Perkhidmatan)
  • Inovasi produk digital (Pengajaran dan Pembelajaran/Perkhidmatan)
  • Inovasi Pendidikan
  • Inovasi Perkhidmatan
  • Inovasi penyelidikan (tanpa produk fizikal/digital)
Popular

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian dan kolej vokasional, guru dan pensyarah serta pemain industry pendidikan (sekolah, politeknik, maktab perguruan, IPTA, IPTS dan mana-mana institusi pendidikan).

Penyertaan pertandingan adalah secara individu dan kumpulan (tiada had maksimum).

Setiap penyertaan perlu menyediakan video/poster/penulisan pembentangan produk inovasi masing-masing dengan durasi tidak lebih dari 10 minit.

Video/poster/penulisan penyertaan perlu di hantar selewat-lewatnya pada 25 September 2022 sebelum jam 5.00 ptg.

Video/poster/penulisan yang di pertandingan akan di gunakan bagi tujuan perkongsian kepada umum melalui media sosial oleh pihak penganjur dan Kredit akan diberi kepada pemilik karya.

MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN

Semua pembayaran hendaklah dibuat secara atas talian seperti berikut:

Nama Penerima : USIM TIJARAH HOLDINGS SDN BHD

No Akaun Bank : 05058010013954

Nama Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Rujukan Penerima : KREATIV2022 (wajib dinyatakan semasa membuat pembayaran secara atas talian)

E-mel Penerima : kreativ@usimtijarah.com 

MAKLUMAT KARNIVAL

Penyertaan program ini terbuka kepada semua sekolah, kolej vokasional, institusi pengajian tinggi, guru, pensyarah dan pemain industri pendidikan di Malaysia.

Setiap penyertaan layak mendapat sijil.

Hanya 1 pemenang utama bagi setiap kategori.

Keputusan panel penilai terhadap penilaian projek adalah muktamad.

MAKLUMAT LANJUT

UTHSB
Email: kreativ@usimtijarah.com
Phone: +606-798 6461
USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd
Commercial Center
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan

en_USEnglish