i-CAMP

Musim cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar. Namun, tidak semua pelajar mempunyai kesedaran menggunakan masa tersebut dengan melakukan aktiviti berfaedah dan memberikan manfaat kepada diri, keluarga dan komuniti. Sebagai inisiatif kepada tujuan ini, USIM Tijarah bercadang untuk menganjurkan program Tijarah Aulad i-CAMP secara interaktif di musim cuti sekolah. Melalui pelbagai aktiviti yang dirancang, kami percaya bahawa ianya dapat membantu pelajar mengisi masa cuti sekolah dengan lebih bermakna.

 

Tijarah Aulad i-CAMP secara ringkas mengandungi pelbagai aktiviti dan slot secara atas talian bersesuaian dengan peredaran arus pendidikan masa kini, yang lebih bersifat digital & interaktif. 

ISNIN, 6 JUN

BACAAN AL-FATIHAH

Juri Profesional : Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Syarat umum :

  • Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah
  • Pelajar perlu menghantar video bacaan Al-Fatihah untuk dinilai oleh juri
  • Aspek asas penilaian adalah Taranum, Hukum Tajwid & Tomakninah

SELASA, 7 JUN

LAUNGAN AZAN

Juri Profesional : Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Syarat umum :

  • Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah
  • Pelajar perlu menghantar video azan untuk dinilai oleh juri
  • Aspek asas penilaian adalah Makhraj, Irama & Suara, Penghayatan & Penjiwaan

RABU, 8 JUN

MODEL RAYA (MUSLIMIN & MUSLIMAT)

Juri Profesional : PU Azman

Syarat umum :

  • Terbuka kepada semua pelajar sekolah
  • Tema ‘Hari Raya’ mengikut kategori jantina
  • Pelajar perlu menghantar gambar untuk dinilai oleh juri

 

KHAMIS, 9 JUN

CERITA TAULADAN (3 acara)

Juri Profesional : Afad Raihan, PM Dr. Azlan Shaiful Baharum, FPBU USIM & PM Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh, FSU USIM

  • Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah
  • Tema ‘Bebas’ mengikut Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Arab
  • Pelajar perlu menghantar video berdurasi 3 minit untuk dinilai oleh juri

JUMAAT, 10 JUN

VIDEO KREATIF (2 acara)

Juri Profesional : Afad Raihan & Cef Helmy MasterChef Malaysia

  • Terbuka kepada semua pelajar sekolah
  • 2 kategori iaitu

a) video memasak bertemakan (Cookies/Dessert/Baking) – Cef Helmy Masterchef Malaysia

b) Lip Sync (nyanyian) – Afad Raihan

  • Pelajar perlu menghantar video berdurasi 3 minit untuk dinilai oleh juri