Program Pemerkasaan Usahawan Makanan Mikro B40 “Homebased” dan “Street Food” Melalui Latihan dan Pemantauan Bersemuka dan Atas Talian

NILAI – 20 Oktober 2021, Universiti Sains Islam Malaysia, USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd (UTHSB) dengan Kerjasama Yayasan Hasanah Malaysia telah melancarkan Program Pemerkasaan Usahawan Makanan Mikro B40 “Homebased” dan “Street Food” Melalui Latihan dan Pemantauan Bersemuka dan Atas Talian yang disertai oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada usahawan yang menjual makanan sekitar negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Program ini dirasmikan oleh Y.Bhg Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd, YM Puan Raja Azura Binti Raja Mahayuddin secara atas talian dengan menggunakan platform aplikasi zoom.

Objektif program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas dan lanjutan terhadap bidang keusahawanan. Selain itu memberi pendedahan terhadap aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam industri makanan malah para peserta didedahkan dengan dokumentasi dan sistem pemantauan perniagaan usahawan.

Program ini terbahagi kepada 3 fasa. Fasa 1, seramai 200 usahawan akan diberikan latihan secara atas talian selama 6 bulan. Selepas tamat fasa 1, akan diadakan sesi saringan untuk mendapatkan 100 orang yang layak untuk meneruskan latihan ke fasa ke-2. Fasa ke-2 ialah latihan intensif selama 6 bulan dan fasa ke-3 pula adalah merupakan fasa pemantauan dan “mentoring” selama 12 bulan secara atas talian dan bersemuka. Bisnes Kaunselor yang terlibat terdiri daripada para pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dan mampu untuk memberi komitmen yang tinggi dalam membantu golongan sasaran.

Manfaat dari penyertaan program ini, peserta bakal mendapat ilmu fundamental dan lanjutan mengenai perniagaan dan industri makanan. Selain itu, mendapat  pengalaman “hands-on” dan teknikal dalam industri berkaitan. Menariknya peserta juga mendapat bimbingan mentor secara berkumpulan dan berstruktur untuk 200 orang peserta selama 6 bulan untuk fasa 1. Untuk fasa 2, melibatkan 100 orang selama 12 bulan melalui bersemuka dan secara atas talian menggunakan sistem yang akan dibangunkan dan dapat mengubah seterusnya memajukan peserta.

UTHSB berharap agar program sebegini dapat diteruskan di masa akan datang dan dapat melibatkan ramai lagi peserta untuk mendapat manfaat program bersama.

 

Disediakan oleh:

USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd

ms_MYMalay