PILIHAN LOKASI PENGAJIAN
Universiti Sains Islam Malaysia (Kampus Induk)
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
PERINCIAN
PERMOHONAN KINI TELAH DITUTUP
Pengambilan : 221 Oktober 2022/2023
Kod Program : P201
Akreditasi Diploma Pascsiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) : MQA/FA5623
Fakulti: Fakulti Pengajian Bahasa Utama / Faculty of Major Language Studies
Bahasa pengantara : Bahasa Melayu
Tempoh Pembelajaran : Sepenuh Masa (2 Semester)
Sebarang pertanyaan boleh email kepada: jabatanpendidikanuthsb@gmail.com
Hubungi kami di: 06-7909713 | Isnin-Jumaat (8:30 a.m – 5:30 p.m) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Cuti)
Yuran perlu dibayar kepada: USIM Tijarah Holdings Sdn. Bhd. (05058010020763 Bank Islam Berhad)
Manual Permohonan Struktur Program Manual IPPS Matriks Option
PERMOHONAN SURAT PENGESAHAN PELAJAR
LATAR BELAKANG
- Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) DPPPI adalah kursus dua semester yang meliputi amali praktikal.
- Menyediakan platform formal bagi para siswazah untuk memperlengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang melayakkan mereka untuk menjadi guru yang diiktiraf.
- Membentuk guru yang berkemahiran dalam ilmu akademik dan pedagogi dalam disiplin Pendidikan Islam yang bestari dan berketrampilan dalam pembelajaran dan pengajaran.
- Melatih guru dalam bidang Pendidikan Islam yang dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran khusus yang sangat diperlukan bagi membentuk pelajar yang syumul dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta membina masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dalam meneruskan kelangsungan pembangunan negara.
- Memupuk personaliti guru yang unggul, berketrampilan, berdaya saing dan menjadi penggerak kepada perubahan minda masyarakat dalam memahami konsep Islam yang sifatnya progresif dan semasa.
- Program ini ditawarkan secara pasaran terbuka (OPEN MARKET).
SYARAT
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid;
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti;
- Pelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh memohon;
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
- Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
- Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
- Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk program pengajian ini.
- Calon hendaklah menyemak laman web http://www.jpa.gov.my untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.
PELUANG KERJAYA
- Guru-guru Interim Dini yang sedang bertugas atau Graduan Diploma Pascasiswazah Pendidikan boleh memohon untuk berkhidmat dengan Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi-agensi pendidikan yang lain seperti MARA, Politeknik, Kolej Komuniti, Sekolah Swasta, Sekolah Agama Swasta dan lain-lain
- TIDAK MENJANJIKAN PENEMPATAN
- Pengajian ini ditawarkan secara OPEN-MARKET